RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (RPH) SAYA
TAJUK DERIA RASA MANUSIA
BOLEH DIJADIKAN CONTOH... :)
Perkara
|
Huraian
|
KELAS
|
2 Cekal
|
HARI
|
Isnin
|
MASA
|
10.00 – 10.30
pagi
|
MATA PELAJARAN
|
Sains
|
TAJUK
|
Deria Rasa
Manusia
|
OBJEKTIF AM
|
1. Murid dapat di dedahkan mengenai
deria rasa manusia melalui peta lidah.
2. Murid dapat mengetahui cara
mengenal pasti deria rasa yang betul.
|
OBJEKTIF PENGAJARAN
|
Pada akhir proses
pengajaran dan pembelajaran, murid akan dapat:
1) Menyatakan kawasan deria rasa
pada lidah
2) Membandingkan setiap perbezaan
deria rasa
|
NILAI-NILAI MURNI
|
Bersyukur, fokus,
mendengar arahan, teliti
|
KEMAHIRAN BERFIKIR
|
Murid dapat
berfikir tentang fungsi lidah dalam kehidupan seharian
|
KAEDAH PENGAJARAN
|
1. Tunjuk ajar
2. Komunikasi dua hala
3. Soal jawab
4. Latihan amali dan praktikal
|
BAHAN BANTU MENGAJAR
|
Roda permainan,
kad gambar, paku tekan
|
ISI PENGAJARAN
|
1. Mengenal fungsi lidah
2. Mengenal setiap deria rasa
3. Aplikasi deria rasa dalam
makanan
|
BAHAN RUJUKAN
|
Buku
Teks Sains Tahun 2
|
PENGETAHUAN LEPAS
|
Murid sudah mengenal rasa makanan (gula-gula,
asam, serbuk kopi, garam)
|
LANGKAH – LANGKAH PENGAJARAN
|
Langkah 1 :
-
Guru
menerangkan kepada murid tajuk pembelajaran iaitu fungsi lidah dalam merasa
makanan.
Langkah 2 :
-
Guru
menerangkan kepentingan lidah dalam kehidupan.
Langkah 3 :
-
Guru
menunjukkan gambar lidah kepada murid
-
Guru
memberi peluang kepada setiap murid melihat dan memegang gambar peta lidah.
-
Guru
menerangkan ciri-ciri lidah.
Langkah 4 :
-
Guru
menerangkan tentang kawasan deria rasa yang terdapat pada lidah.
Langkah 5
-
Guru
memberikan beberapa contoh kawasan deria lidah kepada murid-murid berpandukan
peta lidah di hadapan dan menyebutnya dengan betul.
Langkah 6
- Guru mengadakan kuiz dengan memanggil
beberapa orang murid untuk merasa satu contoh makanan
mengikut deria rasa pada lidah.
- Guru memberikan jawapan berdasarkan roda
deria yang disediakan oleh guru.
Langkah 7
-
Sebagai
pengukuhan, guru menyebut beberapa contoh deria rasa dan menyuruh murid
melekatkan gambar makanan di peta lidah berdasarkan deria rasa makanan
tersebut.
|
PENUTUP
|
Guru
menunjukkan peta lidah yang lengkap dengan gambar kepada murid-murid dan
meminta supaya murid-murid memberitahu jenis rasa pada peta lidah tersebut.
|
TUGASAN
LANJUTAN
|
Murid
boleh memberitahu deria rasa yang sering dirasa oleh murid-murid contohnya
aiskrim, gula-gula,
|
PENILAIAN
KENDIRI
|
Guru
memberikan bimbingan kepada murid untuk melekatkan gambar makanan pada peta
lidah dan menyebutkan setiap deria rasa yang terdapat pada lidah semasa
proses pembelajaran dan pengajaran sekiranya mereka tidak dapat melakukan
dengan sendiri.
|
Cacatan Penyelia:
No comments:
Post a Comment