KHAS..
Menurut laporan esei yang telah kumpulan kami jalankan bahawa masalah akademik yang dihadapi oleh pelajar pendidikan khas adalah:
i.
Motivasi yang rendah
Motivasi merupakan keinginan untuk melibatkan diri
dalam aktiviti. Kebanyakan pelajar bermasalah pembelajaran kurang bermotivasi
untuk belajar. Apabila pelajar bermasalah pembelajaran berjaya dalam
peperiksaan, mereka menganggap sebagai bernasib baik atau ujian senang, tetapi
apabila gagal dalam ujian, mereka menganggap diri mereka bisu (dumb). Keadaan
ini menunjukkan betapa lemahnya motivasi mereka
ii.
Gaya pembelajaran
Kajian oleh Bass dan Grey (1996) merumuskan bahawa
salah satu cara penentuan prestasi seseorang individu mempelajari dan menguasai
ilmu adalah dengan menlihat gaya pembelajaranya. Penggunaan kaedah atau gaya
pembelajaran dapat membantu seseorang mengetahui dan memahami pengetahuan dalam
proses pembelajaran. Namum bagi pelajar pendidikan khas, mereka tidak dapat
untuk mengaplikasikan gaya pembelajaran yang betul di dalam proses pengajaran
dan pembelajaran mereka menyebabkan mereka mempunyai pencapaian akademik yang
kurang memberangsangkan seterusnya menimbulkan masalah akademik dalam kalangan
pelajar pendidikan khas.
iii.
Waktu yang diperuntukkan tidak mencukupi
Smith
(1998: 53) menyarankan untuk bersabar dan memberikan waktu kepada pelajar
berkeperluan khas. The Emily Hall Tremaine Foundation juga mengemukakan
tentang pemberian waktu khusus supaya diberikan agar pelajar berkeperluan khas
mampu menyelesaikan tugas yang diberikan. Artikel terdahulu juga menjelaskan
tentang peruntukan masa yang longgar dan memberikan waktu rehat yang cukup
untuk berehat.
Lingkungan
belajar yang menyenangkan dapat meningkatkan motivasi belajar, temasuk pelajar
berkeperluan khas. Menyenangkan dalam hal ini dapat dirasakan oleh pelajar
ketika ia berhasil menguasai pembelajaran . Hal ini membayangkan pemberian
tugasan yang disesuaikan mengikut kemampuan masing-masing sehingga mereka
berhasil menyelesaikanya . Di sisi lain, permainan dapat memudahkan pelajar
memahami sesuatu. De Porter (2006) mengatakan dengan masuk ke dunia pelajar
maka guru dapat mengajak para pelajar memahami apa yang disampaikannya. Dunia
pelajar cenderung mengarah ke permainan maupun situasi yang tidak menyenangkan.
Ginsburg & Opper (1972 dalam Charlton. 2005) menyatakan bahawa pelajar
belajar melalui permainan, mereka melatih kemampuan dalam proses pembelajaran.
Permainan dapat menjadi sesuatu yang membosankan bila dilakukan terus menerus
(Baker, Herman, & Yeh, 1981; Koran & McLaughlin, 1990 dalam Charton.
2005) dan hal-hal baru dapat dikenalkan dengan anak untuk memotivasi mereka.
Golick (1973 dalam Charlton. 2005) menyatakan untuk pelajar berkeperluan khas,
mereka memerlukan waktu dan bantuan lebih banyak merupakan halangan bagi guru
untuk mencari aktiviti yang mencabar dan menyenangkan.
iv.
Ruang pembelajaran yang tidak sesuai
Stevens (1997) mengemukakan bahwa guru dapat
membantu mengatasi permasalahan anak-anak dengan pengaturan kelas yang sesuai.
Lingkungan belajar yang diwarnai dengan kerjasama memungkinkan peningkatan
motivasi yang berdampak pada peningkatan prestasi, terlebih pada siswa dengan
kemampuan terbatas (Winkel, 2004: 325). Kerjasama ini salah satunya dapat
diwujudkan melalui tutor sebaya (peer tutoring). Tutor sebaya mempunyai posisi
yang strategis dalam pembelajaran kelompok untuk membantu ABB. Anak dengan
kemampuan yang lebih tinggi lebih peka terhadap kebutuhan teman yang berada di
bawah kemampuannya. Di samping itu, teman sebaya juga tidak keberatan untuk membantu
teman lain dalam kelompoknya (Elbaum et al. 1997; Thorkildsen, 1993; Vaughn,
Schumm, Niarhos, & Gordon, 1993 dalam Vaughn, 2001). Elbaum et al.(1997
dalam Vaughn, 2001) menambahkan bahwa ABB lebih nyaman memperoleh bantuan dari
teman dalam kelompok belajar yang heterogen. Piaget dalam (Fore, Riser &
Boon, 2006) juga menyarankan interaksi dengan teman sebaya sebagai pengalaman
yang dapat menstimulasi perkembangan kognitif. Namun interaksi antar siswa
melalui tutor sebaya tersebut perlu dikondisikan untuk lingkungan kelas yang
belum terbiasa bekerjasama. Pada lingkungan kelas yang kompetitif, tidak
sedikit siswa yang menganggap teman sekelas sebagai lawan dan harus dikalahkan
dan hal ini memerlukan antisipasi strategis. Peran guru untuk mengarahkan anak-anak
dalam suasana cooperative learning akan menjadi sebuah catatan dalam penanaman
nilai-nilai sosial yang bermakna bagi anak-anak di kemudian hari.
v.
Masalah penguasaan dalam pembacaan
Keupayaan untuk membaca merupakan salah satu kunci
kejayaan akademik. Ramai pelajar yang kurang upaya tidak mempunyai kemahiran
yang cukup untuk membaca di peringkat sekolah. Mereka masih boleh belajar fonik
asas dan kemahiran perkataan di pengenalan. Mereka boleh belajar bagaimana
untuk menggunakan strategi untuk membantu mereka memahami perkataan yang
ditulis, frasa, dan ayat. Beberapa buku-buku teks dan lembaran kerja memberi
cabaran tambahan kepada pelajar-pelajar untuk mereka lebih faham tentang isi
pengajaran. Sebagai contoh:
• Mengetengahkan idea-idea yang penting
dan memberitahu pelajar untuk membaca terlebih dahulu.
• Beri pelajar kajian panduan untuk
diikuti apabila mereka perlu membaca sendiri.
• Mari pelajar menggunakan sebuah buku
yang ditulis pada tahap yang lebih rendah gred. Ini boleh membantu pelajar
memberi perhatian yang lebih kepada idea-idea utama.
• Mempunyai rakan belajar membaca
• Menyediakan buku-buku dan bahan-bahan
pengajaran yang lain dalam format braille atau timbul.
• Optik penambah atau pembesar.
vi.
Kemahiran asas 3M ialah kemahiran membaca, menulis dan mengira menyebabkan
masalah akademik
Pelajar pendidikan
khas menguasai 3M menyebabkan masalah akademik. Kemahiran asas 3M ialah
kemahiran membaca, menulis dan mengira. Dari aspek kemahiran membaca, jika
seseorang murid tidak dapat mengeja atau menyebut sebutan perkataan atau
nombor, maka dia tidak dapat menguasai kemahiran membaca. Ini kerana kemahiran
asas membaca adalah mengeja dan menyebut sebutan perkataan atau nombor.
Kesimpulannya, kemahiran membaca dapat dikuasai dengan adanya teknik mengeja
dan menyebut sebutan perkataan atau nombor.
Penguasaan kemahiran 3M
amat penting untuk kehidupan harian kerana ia sangat berguna dalam kehidupan
harian yang amat memerlukan kemahiran 3M. Dengan itu, pengetahuan dapat
dipertambahkan melalui penguasaan kemahiran 3M yang telah dikuasai dengan
membaca buku-buku.
a. Kemahiran mengira.
Pelajar pendidikan khas ini mempunyai masalah mengira yang merujuk
kepada ketidakupayaan dalam kemahiran matematik. Antara masalah mengira yang
berlaku di kalangan pelajar pendidikan khas ialah tidak menguasai sepenuhnya
dalam pengiraan asas seperti tambah, tolak, darab dan bahagi. Misalnya penyakit
diskalkulia yang sering dialami oleh para pelajar pendidikan khas. Selain itu,
pelajar pendidikan khas sukar membuat anggaran dan pengukuran seperti saiz,
nilai, wang, jarak atau cecair. Kesulitan
belajar matematika disebut juga diskalkulia (dyscalculis) (Lerner, 1988)
b.
Kemahiran Menulis
Kemahiran Menulis merupakan keupayaan murid menulis
perkataan dan ayat dan mengeluarkan idea melalui pelbagai jenis penulisan yang
berkaitan dengan ilmu pengetahuan dan pengalaman peribadi yang telah dilalui
dengan menggunakan ayat yang gramatis, tanda baca dan ejaan yang betul, serta
tulisan yang jelas, cantik, dan kemas. Murid juga digalakkan menggunakan
kreativiti mereka untuk menghasilkan penulisan bahan berunsur pengetahuan dan
penulisan imaginatif. (Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah
Bahasa melayu 2003)
Disini dapat dilihat pelajar pendidikan khas sukar
untuk menulis kerana mereka tidak berminat tehadap aktiviti akademik. Malahan
mereka mengalami kekurang upaya atau kemahiran moto halus mereka tidak
berfungsi dengan sempurna menyebabkan mereka semakin tidak berminat terhadap
akademik. Tambahan pula mereka sukar untuk menulis abjad- abjad yang kompleks
sepeti huruf ‘G’, ‘A’ dan ‘R’. Malahan kurangnya perhatian yang diberikan oleh
ibubapa dan guru mengenai tahap kemahiran menulis adalh rendah kerana
masing-masing tidak memainkan peranan yang sepatutnya seperti pemantauan hasil
kerja mereka. Sikap ibu bapa sendiri yang alpha tentang member tunjuk ajar.
Sepatutnya mereka perlu mengajar cara menulis sebagai pengukuhan pembelajaran
di sekolah.
c.
Kemahiran
Membaca
Kemahiran Membaca merupakan keupayaan murid membaca
ayat dengan lancer serta sebutan, intonasi, dan jeda yang betul. Penekanan
perlu diberi kepada aspek pemahaman dan penaakulan pelbagai bahan secara kritis
dengan menggunakan pelbagai teknik membaca. (Sukatan Pelajaran Kurikulum
Bersepadu Sekolah Rendah Bahasa melayu 2003)
Dengan penguasaan kemahiran 3M, masalah
akdemik pendidikan khas tidak akan
berlaku. Amalan baik seperti amalan membaca akan harusalah diajar kepada
pelajar pendidikan khas dengan menggunakan modul yang betul. Menyentuh tentang masalah akademik dalam kemahiran bacaan, secara amnya,
beberapa isu yang sering berlaku di kalangan murid-murid pendidikan pendidikan
khas antaranya ialah tidak, kenal huruf, meninggalkan huruf atau perkataan,
tidak memahami apa yang dibaca, teragak-agak, salah sebutan, lemah daya
ingatan, menambah perkataan, mengulang perkataan dan mengeja semasa membaca.
Pelajar pendidikan khas ini tidak
kenal huruf. Masalah tidak kenal huruf merupakan punca utama kebanyakan
kanak-kanak gagal membaca dengan baik. Keadaan ini akan menyebabkan murid-murid
menyebut sesuatu huruf sesuka hati atau dengan meneka sahaja dan menjadikan
perkataan itu tidak bermakna atau berlainan makna.
Ketika membaca pelajar pendidikan
khas meninggalkan huruf. Huruf dan imbuhan ditinggalkan ketika membaca.
Contohnya, ‘buah’ disebut ‘uah’, ‘kering’ disebut ‘kerin’, mengandungi disebut
mengandung dan sebagainya.
Pelajar pendidikan khas juga suka meninggalkan perkataan. Perkataan
dalam ayat juga kerap ditinggalkan semasa membaca seperti ‘buku itu sangat
tebal’ dibaca sebagai ‘buku itu tebal’
Biasanya pelajar pendidikan khas ini tidak memahami apa yang dibaca.
Mereka pendai membaca tetapi tidak memahami apa maksud yang disampaikan dapada
pembacaanya.
Gagal
memahami maksud perkataan dan frasa yang berkaitan dengan waktu seperti
selepas, sudah, sebelum, pagi, sekejap dan sebagainya.
Mereka juga tidak memahami maksud perkataan dalam pelbagai situasi,
misalnya dalam ayat ‘panjatlah lagi pokok itu’, yang bermaksud melarang
seseorang itu daripada memanjat pokok difahami sebagai ayat menyuruh seseorang
itu memanjat pokok lagi.
Mereka juga gagal memahami atau membuat urutan idea atau peristiwa yang
terdapat dalam bahan bacaan terutamanya apabila diminta menceritakan semula
petikan yang dibaca. Merka juga Lambat memberi tindak balas terutamanya apabila
tidak memahami arahan yang dibaca. Apabila membaca mereka gagal menghubungkan
sebab dan akibat dalam bahan bacaan yang dibaca..
Mereka juga mudah teragak-agak yang membawa maksud berhenti sejenak
sebelum menyebut sesuatu perkataan ketika membaca hal ini kerana mereka tidak
pasti akan bacaannya.
Salah sebutan terjadi akibat pelajar pendidikan khas tidak mengenal
huruf atau tidak tahu membunyikan sesuatu huruf sehingga sesuatu perkataan
tidak bermakna lagi dalam konteks ayat berkenaan. Kesalahan-kesalahan di atas
boleh mengubah makna perkataan atau ayat yang dibaca dan perlu juga diberi
perhatian oleh guru untuk mengatasinya. Selain itu, guru juga perlu memerhati
tingkah laku yang ditunjukkan semasa murid membaca yang boleh menunjukkan murid
itu bermasalah dalam bacaan. Antara tingkah laku yang boleh dikenal pasti
adalah seperti yang berikut :-
a) Membatang
suku kata terlebih dahulu sebelum dapat menyebut seluruh perkataan.
b) Bacaan
tersekat-sekat iaitu perkataan demi perkataan dan tidak lancar.
c) Membaca
terlampau cepat atau gopoh tanpa menghiraukan tanda bacaan.
d) Membaca
terlampau lambat atau merangkak-rangkak.
e) Menunjuk
perkataan dengan jari ketika membaca.
f) Tingkah
laku yang tidak selesa seperti mengerdip-ngerdipkan mata, mengerut dahi,
menggeleng-geleng kepala dan sebagainya.
g) Suara
terlalu perlahan atau tidak jelas atau ‘blurring’.
h) Kedudukan
mata terlalu dekat dengan bahan bacaan.
i) Cuba
mengelak daripada aktiviti membaca.
Pelajar pendidikan khas itu idak boleh membaca langsung.. Guru mestilah
peka dengan petunjuk-petunjuk tingkah laku yang dipamerkan oleh murid-muridnya
kerana tingkah laku tersebut menunjukkan murid berkenaan menghadapi masalah
dalam bacaan.
Lemah daya ingatan. Ingatan
pada otak kadang kala mendatangkan masalah seperti sel-sel pada otak tidak
dapat berhubung antara satu sama lain. Ini mungkin disebabkan oleh
kecederaan yang pernah dialami oleh pesakit sama ada kemalangan ataupun
kecederaan akibat terhantuk benda yang keras.
Simptom:
a. Semakin
lemah daya ingatan/ lupa
b. Gagal
mengenal pasti objek
c. Masalah
emosi seperti kemurungan dan depresi
d. Rasa
janggal di tempat yang biasa dilawati
e. Hilang
kemampuan jasmani
f. Tidak
mengendahkan kebersihan diri
g. Tidak
berminat dengan pelajaran/ pekerjaan
Menambah perkataan sebagi contohnya pelajar pendidikan khas sering menambah perkataan semasa membaca seperti
’bulan-bulan’ disebut ’bulang-bulang’, ’ikan-ikan’ disebut ’ikang-ikang’ dan
seumpamanya.
Mengulang Perkataan/ Ulangan (repetition).Hal
ini dapt ditunjukkan melalui pelajar pendidikan
khas sering mengulang-ulang
perkataan atau suku kata semasa membaca dan perbuatan mengulang ini bukan
disebabkan oleh masalah gagap.
Pelajar pendidikan khas mengeja
semasa membaca sebagai contohnya mereka teragak-agak
semasa membaca, menunjuk teks
bacaan dengan jari ketika membaca, tidak berupaya membaca ayat yang panjang kerana
was-was dan kurang yakin salah atau betul.
Kemajuan pembacaan yang lemah. Secara khususnya, masalah-masalah dalam bacaan berlaku dalam beberapa
peringkat iaitu pada peringkat mengenali bentuk huruf, suku kata, kesukaran
dalam pengamatan dan juga kesukaran membaca peringkat ayat.
Daripada masalah
akademik yang berlaku di kalangan pelajar pendidikan khas, salah satunya adalah
murid tidak dapat membatang perkataan yang mempunyai banyak suku kata.
Contohnya, perkataan-perkataan seperti jambatan, pelajaran, pendapatan dan
sebagainya.
Masalah ini akan
menyebabkan murid tidak dapat menguasai kemahiran membaca. Murid akan cepat
berasa jemu dan kadang-kadang akan cuba mengelak daripada aktiviti membaca.
Beberapa cara dapat
dijalankan bagi mengatasi masalah ini. Fokus utama hendaklah dimulakan dengan
penguasaan terhadap kemahiran asas yang bermula dari bawah, barulah seseorang
murid itu dapat menguasai kemahiran yang seterusnya.
vii.
Masalah Penulisan
Kanak-kanak berkeperluan khas biasanya mempunyai masalah penulisan
terutama dari segi gengaman pensel. Masalah ini merupakan salah satu faktor
kekurangupayaan dalam kemahiran motor halus seterusnya membawa kepada masalah
pembelajaran. Kecekapan menulis semasa belajar adalah penting kepada setiap
murid kerana kegagalanya boleh membawa kesan negatif kepada keyakinan diri dan pencapaian akademik. Kecekapan menulis
merupakan satu halangan kepada pencapaian akademik di sekolah khususnya dalam
Program Pendidikan Khas Integrasi Bermasalah Pembelajaran (PPKIBP). Kategori
kanak-kanak bermasalah pembelajaran (KKBP) di Malaysia dalam PPKIBP adalah
Sindrom Down, Autisme Ringan, Attention Deficit Hyperactivity Disorder (ADHD),
Terencat Akal Minimum, dan Bermasalah Pembelajaran Spesifik (contoh:
Disleksia). Kajian tinjauan ini dijalankan untuk mengetengahkan jenis-jenis
genggaman pensel dalam kalangan KKBP, jenis-jenis peringkat genggaman pensel
murid-murid bermasalah pembelajaran di peringkat sekolah rendah.
Kajian menunjukkan kategori murid
Bermasalah Pembelajaran Spesifik mencatatkan peratusan tertinggi bagi
ketiga-tiga jenis peringkat genggaman pensel iaitu 8.4 peratus (19 orang murid)
bagi peringkat matang, 51.6 peratus (116 orang murid) bagi peringkat tidak
matang dan 1.8 peratus (4 orang murid) bagi peringkat lain-lain. Diharapkan
hasil kajian ini dapat memberi pengetahuan kepada pendidik untuk lebih berfokus
kepada cara menggenggam pensel semasa menulis dan ahli terapi cara kerja untuk
merancang program intervensi yang lebih berkesan serta memberi maklum balas
kepada perancang kurikulum pendidikan tentang penggubalan kurikulum yang lebih
berkesan untuk KKBP. Penggunaan alat adaptif pensel boleh meningkatkan
keupayaan menggenggam pensel ke arah genggaman pensel peringkat matang.
Murid-murid yang mempunyai masalah menulis akan menunjukkan skor
genggaman yang lebih rendah berbanding dengan murid-murid yang tiada masalah
menulis (Schneck 1991; Schneck & Henderson 1990). Kajian yang dijalankan
oleh Rosenblum, Goldstand dan Parush (2006) menunjukkan perbezaan yang
signifikan di antara penulis mahir dan penulis tidak mahir dalam semua faktor
ergonomik termasuk genggaman pensel. Hal ini disokong dengan pernyataan Abdul
Rasid (2011) bahawa masalah ketidakcekapan koordinasi mata dan tangan semasa
menulis. Ketidakupayaan ini dikesan semasa murid memegang pensel dengan cara
yang tidak betul. Akibatnya murid tidak dapat menulis.
Kategori kanak-kanak bermasalah pembelajaran (KKBP) adalah Sindrom Down,
Autisme Ringan, Attention Deficit Hyperactivity Disorder (ADHD),
Terencat Akal Minimum, dan Bermasalah Pembelajaran Spesifik (Portal Rasmi
Kementerian Pelajaran Malaysia 2011). Murid-murid bermasalah pembelajaran ini
menghadapi pelbagai masalah yang berpunca daripada ketidakupayaan pembelajaran
telah mempengaruhi pencapaian mereka dalam bidang akademik secara tidak
langsung (Mohd Hanafi, Mohd Mokhtar, Lokman, Md. Amin, Fauzi, Zawawi &
Kamarudin 2010).
Kemahiran menulis didapati kurang dititikberatkan dalam kalangan murid
bermasalah pembelajaran kerana melalui pemerhatian yang dijalankan didapati
guru-guru jarang mengajar murid cara untuk memegang alat tulis dengan betul
semasa menulis. Maka, mekanis kemahiran menulis tidak diberi penekanan secara
formal di sekolah sehingga tulisan yang dihasilkan oleh kanak-kanak semakin
tidak cantik dan sukar dibaca (Yusop & Walter Alvin 2010).
Bagi mengatasi masalah gemgaman pensel dalam penulisan dalam kanak-kanak
bermasalah pembelajaran , penggunaan alat bantuan teknologi sebagai strategi
intervensi kerana genggaman yang tidak berfungsi boleh dibangunkan dengan
penggunaan alat adaptif seperti pemegang getah spesifik atau pensel segi tiga sangat
diperlukan (McMurry, Drysdale & Jordan 2009).
Wedell, Steven dan Waller (2002) menyatakan sebahagian besar kanak-kanak
tahun satu mengaplikasikan kaedah menggenggam pensel yang pelbagai. Walau
bagaimanapun, kebanyakan kajian lepas menunjukkan bahawa jenis genggaman tripod
dinamik adalah dianggap ideal oleh kebanyakan pendidik dan ahli terapis
(Rosenbloom & Horton 1971; Schneck & Henderson 1990; Selin 2003).
viii.
Kurikulum pendidikan yang sama
Bagi murid-murid bermasalah pendengaran dan penglihatan, kurikulum yang
digunakan di sekolah adalah sama dengan kurikulum yang diajarkan oleh
murid-murid tipikal yang lain. Hal ini akan mengakibatkan murid-murid
berkeperluan khas tidak dapat mengikuti kurikulum yang diajar dengan sepenuhnya
kerana bagi mereka ia adalah berada di tahap yang tinggi yang tidak mampu
dicapai oleh mereka. Hal ini akan menyebabkan prestasi akademik mereka akan
merosot.
Sekian... :)
No comments:
Post a Comment