Friday, November 22, 2013

Teknologi Kaedah Cepat Baca e-xra Bahasa Inggeris.

Assalamualaikum. ^ ^

Hari ini saya ingin kongsikan mengenai satu tajuk teknologi untuk pengajaran dengan menggunakan


Kaedah Cepat Baca e-Xra(B.Inggeris) - Teknologi i-Read.





Kelebihannya adalah:

Pembelajaran audio-visual yang efektif
Pen mesra pengguna.
Boleh membaca sehingga 60 000 perkataan.

Program Cepat Baca Bahasa Inggeris dalam bentuk terkini yang dilengkapi pen i-read, ch
arger usb,earfon, tali gantung. Program ini Pernah memenangi Anugerah Reka Cipta dan Inovasi Kementerian Sains dan Teknologi. 


Sesuai untuk semua peringkat umur yang belum boleh membaca. 
Harga di pasaran adalah RM 380. Pesanan melalui 
www.eextra.com atau
hubungi 017- 650 0598.




Kaedah Cepat Baca e-Xra(B.Inggeris) - Teknologi i-Read!

Thursday, November 21, 2013

Kenapa ingin menjadi guru pendidikan khas

Ramai orang akan bertanya "ambil jurusan apa di universiti?" erkkk. "pendidikan".."oh..cikgu lah nie".."belum lagi.insya allah suatu hari nanti"."cikgu apa?"."pendidikan khas"."ooooo"



Sebahagian pelajar pendidikan khas semasa diriku menjalani pra-praktikum selama 5 minggu.

Kenapa tiba-tiba boleh terjun dalam bidang pendidikan khas?

Daripada tingkatan 4, diriku sudah bercita-cita ingin menjadi guru nak masuk upsi, tidak kisah nak nak jadi guru subjek apa pun. Semasa SPM, ada satu subjek yang membuatku tidak dapat menyambung bidang yang ku minati iaitu perakauanan iaitu bahasa inggeris. Mulai saat tu..diriku menanam azam untuk melanjutkan pelajaran di peringkat STPM dengan mengambil subjek Ekonomi.

Azamku untuk memasuki upsi dengan menggunakan kelulusan peringkat STPM. Semasa diriku di tingkatan 6. Diriku sangat meminati subjek Ekonomi. Setiap guru ekonomi masuk. Diriku selalu berangan untuk menjadi seperti dia suatu hari nanti. Guru Ekonomi saya, menjadi sumber inspirasi saya. "cikgu, cikgulah idola saya, saya ingin menjadi seperti cikgu suatu hari nanti".kata hatiku..

Selepas STPM, di dalam fikiranku hanya ingin melanjutkan pelajaran di upsi sahaja dengan mengambil jurusan Sarjanamuda Pendidikan Ekonomi. Tetapi kita hanya merancang tuhan yang menentukan. Diriku mendapat jurusan Sarjanamuda Pendidikan Khas di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Diriku menangis, kerana dalam pemikiranku hanya ingin menjadi guru ekonomi. Diriku sudah berjanji ingin menjadi sepertinya suatu hari nanti.


Inilah sumber inspirasiku untuk menjadi guru Ekonomi. Beliau sangat penyayang dan telah menjadi Guru Cermerlang Ekonomi.

'Tak kenal, maka tak cinta'.Itulah kata-kata di hatiku untuk menerima jurusan pendidikan khas. Apabila difikirkan, perancangan Allah s.w.t memang terhebat. Dia memberikan diriku dua perkara iaitu, dapat menjadi guru, dan dapat menolong ahli syurga..subhanallah...diriku sungguh dekat dengan bakal-bakal ahli syurga.

Sekarang, diriku tahun 2 di Fakulti Pendidikan , UKM. Insya allah, yang penting menuntut ilmu kerana allah..Ilmu yang dipelajari akan digunakan semasa di sekolah kelak. Jadikan pendidikan khas adalah suatu kerjaya yang menjadi kepuasan dalam kehidupan.

Yang penting sekali:
Study smart.